Friday, June 26, 2009

Cerita Hati

Untuk hati yang tiada siapa yang punya,
Untuk hati yang tiada siapa mahu miliki,
Tiada cinta, tiada sayang untuknya,
Hanya muram yang memenuhi,
Tanpa belas, tanpa apa-apa,
Hati itu kosong,
Tiada siapa yang peduli,
Kerna ia tidak mahu siapa-siapa peduli,
Biarlah ia terus sunyi,
Mati dalam sepi.
Mati dalam mimpi,
Mati tanpa apa-apa,
Biar hati itu pergi,
Biar hati itu ditinggalkan,
Biar hati itu mati.

Sg. Petani, 11.56pm, 13 Jun 2009.

1 comment:

kamilah ahmad @ ahmaddiah said...

adoi, ade ke mintak hati mati, ish2.. hehe